Follow us

Gitarist Sakura Band Bengang Gitar Patah Akibat Kecuaian Kakitangan MAS



Nak tye sikit pada "Malaysia Airline Berhad"..apa guna atau fungsi sticker fragile tu eh??..bodoh ke ape korg sume..budak2 ni mencari rezeki gunakan benda ni..korg dah diberi rezeki..tp kerja mcm celaka..sbb tu la byk musibah kat korg..Allah swt tu xkan kasi keberkatan kpd sape yg keja xikhlas..
Begitulah antara luahan hati sahabat kepada pemain gitar kumpulan Sakura Band.


 KUALA LUMPUR 16 April - Pemain gitar kumpulan Sakura, Muhammad Haniff Johari, 25, bengang dan kecewa apabila gitar miliknya patah sebaik sahaja mendarat di Miri, Sarawak, semalam untuk menjayakan sebuah persembahan.

Lebih mengecewakan, beg yang dibawanya didakwa pecah dan berlubang serta peti simpanan barangnya kemek dipercayai akibat kecuaian kakitangan syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang mengendalikan bahagian kargo.

“Sejurus tiba di lapangan terbang, ketika pergi ke tempat untuk mengambil bagasi, saya dapati ada kerosakan berlaku terhadap beg dan peti tersebut.

 “Kemudian setelah laporan dibuat di kaunter perkhidmatan pelanggan, saya terus ke hotel dan sekali lagi, selepas plastik yang membungkus gitar saya dibuka, mendapati kepala gitar tersebut patah,” dakwanya. Apabila menghubungi pihak MAB, dakwa Muhammad Haniff, mereka tidak memberi jaminan untuk menggantikannya, malah tindakan susulan hanya boleh dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - UTUSAN ONLINE




Post a Comment

0 Comments