Follow us

Sedih Seorang Anak Bila Ayahnya Menepis Tangannya Setelah Diberitahu Keputusan SPM Tidak Ada "A"


Sudah 3 hari berlalu diumumkan keputusan peperiksaan SPM, dan tentunya pelbagai reaksi yang dapat dilihat ketika calon SPM tersebut mengambil keputusan mereka. 

Ada yang gembira dan ada juga yang menangis kerana begitu kecewa dengan keputusan yang diperoleh serta untuk tidak mampu untuk mencapai hasrat diri dan juga keluarga.

Dipetik dari status FB seorang ayah, Yunan A. Samad yang telah menyaksikan sendiri satu kejadian apabila ada seorang bapa ni melakukan reaksi yang pastinya melukakan hati anaknya.. setelah anaknya menunjukkan keputusan SPMnya. 

Sedih betul.. Tak seharusnya dia buat seperti itu..

Si Ayah menepis tangan anaknya…kenapa?



Jam 12 thari tadi aku ke sekolah anakku mengambil keputusan SPM dia. Aku cuma menunggu di luar dewan sahaja. Membiarkan anakku dan isteri masuk ke Dewan. Aku duduk di kerusi luar bersama dengan seorang bapa yg agak berumur dan sudah beruban. Aku menyapanya sambil senyum. Ternyata dia juga menunggu anaknya mengambil keputusan SpM.
Sedang menanti tiba-tiba muncul anak perempuannya dengan wajah sedih merapati bapanya lalu bersuara  gugur airmatanya laju.  
Aku yang duduk di depan ayahnya itu terasa kaget dan sebak. Sebak melihat kesedihan anak itu ditambah lagi bila aku melihat ayahnya memaling wajahnya dari memandang wajah anaknya dengan muka masam mencuka. Anaknya merayu lagi
“Ayah maafkan adik ayah..” Takpela ayah… adik lulus semua…”
Cuba memeluk ayahnya. Si ayah menepis tangan anaknya. Tersedu-sedu anak itu merayu2 memohon ampun dan maaf. Si ayah tetap memaling wajahnya diam membisu. 




Aku tidak tahan melihat situasi itu segera bangun meninggalkan dua beranak itu dengan rasa masing-masing. Rasa sedih pilu seorang anak dan rasa marah mencuka seorang ayah. Allahu Rabbi…
Mengapa si ayah begitu sikapnya? Keputusan sudah di tangan. Bersyukur dan redhalah. Ia dapat meredakan kesedihan dan kemarahan melampau.
SPM bukan segalanya. Masa depan tetap ada. Mengapa diturutkan rasa marah itu. Kasihanilah anak itu. Dia pun tidak mahu keputusan yg begitu.
Yakinlah dengan janji Allah swt. Jangan ditambah kelukaan anak dengan memarahi mereka dan menghina mereka. Terimalah keputusan yang dimiliki anak seadanya. Kasihanilah mereka.
Doakan sinar kejayaan tetap ada; bermula dengan berjaya berlapang dada dan berjaya gembirakan mereka dengan apa yg ada. Seadanya. Amin ya Rabbal alamin…

Bersabarlah adik..

Post a Comment

0 Comments