Follow us

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Akan Di filemkan



Jebat dan Mas bakal kembali dalam filem Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Bagi sesiapa meminati drama dan lakonan dua selebriti hebat ini, ada kejutan istimewa yang bakal di tayangkan kepada anda semua!

Drama ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada penonton ketika bersiaran di kaca Tv, dan kali ini  drama terbitan milik Datuk Ziela Jalil ini akan difilemkan dan penggambaran dikatakan bermula pada Mei ini di sekitar Malaysia dan juga New York.
 
"Saya sendiri tak sangka selepas drama ini mendapat sambutan di TV, ia akan diangkat pula ke layar perak. Saya memang teruja dengan perkembangan ini. Insya-Allah penggambaran akan bermula pada Mei nanti.
 
Sharnaaz juga dikatakan sedang membuat persiapan membentuk kembali badan di gym demi filem yang akan ditayangkan nanti. Tambahnya lagi, beliau tidak pernah ada masalah sepanjang bekerja dengan Nelydia, dan Sharnaaz akui Nelydia antara selebriti wanita yang hebat dalam industri lakonan.
 

Post a Comment

0 Comments