Follow us

Cerita Sedih Nurulhidayah Anak Zahid Hamidi Tentang Abahnya Dilayan Satu Masa Dahulu


PUTRAJAYA - Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah mendedahkan ayahnya pernah ditinggalkan di lebuh raya dengan mata tertutup selepas dibebaskan dari ISA setelah ditahan 10 hari, lapor Sinar Harian

Menurut Nurulhidayah, Zahid Hamidi pernah ditahan mengikut AKTA ISA pada September 1998, 3 minggu selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.  Zahid pada ketika itu merangkap ketua pemuda UMNO dan penyokong kuat Anwar.

"Abah pernah ditahan ISA selama 10 hari. Abah ditangkap di Sabah dan bayangkan pada waktu itu saya baru berusia 19 tahun. Mak ada cakap kalau abah ditahan 2 minggu, bermakna abah akan berada di dalam penjara selama 2 tahun. Tetapi alhamdulillah abah dibebaskan. 

"Itu pun mak tulis surat kepada perdana menteri ketika itu. Abah dibebaskan di Kuala Lumpur, ditinggalkan di lebuh raya dengan mata tertutup," katanya dalam temubual bersama Sinar Harian.

Menurutnya, Zahid pernah mengambil bahagian dalam protes jalanan ketika zaman Reformasi yang tercetus selepas pemecatan Anwar.

"Saya sendiri pernah terlibat dalam demonstrasi di zaman Reformasi dahulu. Ketika itu saya berumur 20 tahun dan masih ingat lagi pernah ditembak dengan air FRU kerana kami berada di barisan hadapan. Habis gatal satu badan. 

"Dengan laungan 'Undur Mahathir' saya turut dikejar oleh SB sehingga seluar saya terkoyak kerana tersangkut pada pokok ketika melarikan diri ke Kompleks Daya Bumi. 

Bagaimanapun, Nurulhidayah kini berpandangan bahawa turun ke jalanan bukan kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah. 


"Bila direnungkan semula, saya terasa seperti dipergunakan. Kerana itulah saya katakan bahawa demonstrasi ini tidak relevan, sebab saya pernah alami ketidak-warasan itu. Jadi saya tidak mahu orang ramai menjadi tidak waras. Sepatutnya saya boleh menjadi pelajar terbaik tetapi saya terlalu sibuk berpolitik 'ntah apa-apa ntah' ini saya telah membuang banyak masa," katanya. - PIXEL MEDIA

Post a Comment

0 Comments