Kamar Empayar yang juga merupakan abang kepada vokalis Akim dari kumpulan
Akim & The Majistret rupa-rupanya cuma mengambil masa lima minit untuk menulis lirik lagu Potret yang telah bergelar juara Anugerah Juara Lagu ke-30, ahad lalu.
Nama sebenar Kamal Empayar iaitu Afham Zulhusmi mendedahkan, ilham untuk menulis lirik lagu itu datang secara tiba-tiba setelah Akim menghantar melalui e-mel melodi lagu tersebut dari adiknya itu.
“Alhamdulillah hasil kerjasama saya dan Akim selaku komposer Potret membolehkan lagu berkenaan bergelar juara AJL 30 tahun ini,” katanya.
Selain dari Anugerah Juara Lagu, Akim & The Majistret juga mendapat perhatian juri pada malam itu dengan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persembahan Terbaik.
Secara keseluruhannya mereka telah membawa pulang hadiah berjumlah RM62,000.
Akim yang tidak menyangka sama sekali lagu Potret tersebut diiktiraf sebagai juara AJL 30 dan menganggap ia adalah hadiah terbaik bersempena dengan hari jadinya ke 25 pada 18 Januari lalu.
Beliau kini sedang sibuk menyiapkan beberapa buah lagu untuk tunangnya, Stacy dan menyatakan kemenangan itu telah menaikkan semangatnya untuk terus menghasilkan karya lebih baik pada masa hadapan.
Sumber: Mstar
0 Comments