Follow us

Presiden Erdogan Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri Di Jambatan Bhosporus




ISTANBUL : Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggunakan kemahiran memujuknya untuk menyelamatkan menghalang seorang lelaki daripada terjun dari Jambatan Bosphorus Istanbul pada hari Jumaat, .



Lelaki itu kelihatan sudah bersedia untuk terjun ke dalam sungai itu ketika rombongan Erdogan melalui di atas jambatan yang menghubungkan Eropah dengan Asia setelah menunaikan solat Jumaat. Rakaman News menunjukkan pengawal peribadi Erdogan membawa lelaki dalam lingukan 30-an itu yang kelihatan menangis teresak-esak , untuk bercakap dengan Presiden Erdogan dia melalui tingkap keretanya. Selepas beberapa ketika , lelaki itu dilihat mencium tangan Erdogan.

Beliau telah lama mengalami kemurungan kerana masalah keluarga, berkata Erdogan .
Jambatan ikonik yang merentangi Selat Bosphorus pada ketinggian 64 meter (211 kaki) adalah tempat yang sering berlakunya kejadian bunuh.

Post a Comment

0 Comments