Follow us

JURURAWAT HILANG DI PANTAI PASIR PANJANG - PASUKAN SAR TEMUI ORGAN



Operasi Cari Jururawat Nurul Wazieyana masuk hari ke7. Pasukan pencari tidak putus asa.

Pasukan pencari dan penyelamat pagi tadi menjumpai serpihan organ mamalia tersadai di pantai Pasir Panjang. Ketua Operasi, dari balai bomba dan penyelamat Petrajaya, Muhd Mirza Dzakmira Miraj pihaknya menjumpai serpihan organ paru-paru dan hati sekitar pukul 10 pagi tadi.

Namun pihaknya tidak pasti samada ia milik manusia atau tidak. Organ tersebut telah diserahkan kepada pihak forensik Hospital Umum Sarawak dan polis untuk tujuan pengesahan DNA.

Muhd Mirza mengesahkan penemuan terbaru ini kepada pemberita RTM di lokasi. Operasi hari ketujuh ini akan menumpukan di kedudukan 10 kilometer dari mangsa dilaporkan hilang pada petang sabtu lepas.

Lebih 50 orang dari beberapa agensi keselamatan terlibat dalam operasi mengesan jururawat berumur 23 tahun ini./Dickin

 








Anggota bomba yang lain menjumpai seluar tersebut hanyut dibawa gelombang dan koyak di bahagian punggung, lutut dan paha.
Beliau menjelaskan, rakannya mengesahkan bahawa ia merupakan seluar mangsa yang digunakkanya pada hari kejadian.















Post a Comment

0 Comments