Follow us

JURURAWAT DAPAT UNTUNG BESAR JUAL SELUAR DALAM POLIS DALAM FACEBOOK

seluar dalam
ANGGOTA polis memeriksa sebahagian daripada seluar dalam yang ditemui di dalam bilik seorang jururawat, semalam
JURURAWAT UNTUNG BESAR JUAL SELUAR DALAM POLIS DALAM FACEBOOK - Polis Thailand menahan seorang jururawat kerana mencuri seluar dalam ramai kadet polis untuk dijual di Facebook.
Jurucakap polis berkata, sepasukan anggota keselamatan tempatan menyerbu sebuah bilik di Apartmen VS di daerah Muang.
Apabila diperiksa, mereka menemui lebih 300 helai seluar dalam milik kadet polis di premis berkenaan.
“Serbuan dibuat selepas kadet polis yang mengadu sering kehilangan seluar dalam,” katanya.
Ketua penyiasat, Narong Sawek berkata, polis mengesyaki seseorang yang menggunakan nama Aijorn Klubjai di Facebook sebagai dalang kecurian itu.
Kata Narong, Aijorn sering menawarkan seluar dalam terpakai lelaki di rangkaian sosial itu.
“Polis kemudian menyamar dan menghubungi Aijorn kononnya untuk membeli empat pasang seluar dalam dengan harga 500 baht (RM50).
“Selepas kami menerima kiriman daripada Aijorn, polis menjejakinya ke suatu alamat dan melakukan serbuan,” katanya.
Narong berkata, suspek mencuri seluar dalam ketika ia dijemur di kem latihan polis.
“Semua seluar dalam itu diiklankan di Facebook dengan tanda check-in bagi menjelaskan lokasi ia dicuri.
“Tindakannya itu menjadikan harga setiap seluar dalam itu lebih mahal,” katanya.
Ada seorang pembeli sanggup membayar 3,000 baht (RM300) untuk 30 pasang seluar dalam curi itu.
- Sumber

Post a Comment

0 Comments