Follow us

Kesian! Penyanyi Cilik Tegar Jadi Miskin Semula Ditipu Pengurus


Kesiannya Miss A dengan nasib yang menimpa penyanyi remaja Indonesia Tegar ni.. Korang nak tahu dia ni dah kena tipu dengan bekas pengurusnya dan sekarang ni Miss A dapat maklumat dia dah kembali hidup susah macam dulu..

Sampaikan mak dia pun terpaksa kembali menjadi pengemis jalanan tau! Menurut sumber, Tegar sekarang dah hilang sumber pendapatan.. Busuk sungguh hati bekas pengurus Tegar ni.., disebabkan dia Tegar dah tak kerja dan berada di kampung..

Sebabnya pengurus ‘A’ ni dah bawa lari passport Tegar.., sebab tu Tegar ni dah tak boleh la nak buat ‘show’ di mana-mana dan terpaksa tolak tawaran buat persembahan di Malaysia..

Geram betul Miss A dengan individu yang makan duit haram ni, sepatunya dia sebagai pengurus Tegar bantu budak ni sehingga berjaya..Ni tak dia pulak ambil kesempatan atas kelemahan diri Tegar.. Pengurus ‘A’ ni orang Singapura tau dan kini dipercayai berada di Kuala Lumpur..

“Dia hantar balik selepas sebulan ‘simpan’ Tegar di Malaysia tanpa kebenaran ibu dan syarikat rakaman di Jakarta.

“Sepanjang tempoh itu Tegar tidak dibenarkan menghubungi ibunya di kampung dan ‘A’ telah merampas telefon bimbit Tegar.

“Di Malaysia ‘A’ gunakan Tegar untuk kepentingan diri dia sendiri dan mencari populariti. Dia bawa Tegar menumpang rumah peserta-peserta program realiti lawak di Malaysia sambil menjaja cerita-cerita bohongnya.

“Kepada ‘A’, sudah-sudahlah menipu dan menganiaya orang lain...Pulangkan sahaja passport dan barangan peribadi berharga Tegar yang dilarikan sebelum tindakan diambil,” katanya..

Miss A harap sangat pengurus ‘A’ ni akan mendapat balasan ni dunia, berdosa tau makan duit haram.. Tambah-tambah duit ank yatim.. Miss A turut bersimpati dengan nasib Tegar..Harap kes ini dapat dilaporkan pada pihak polis.. Biar polis tangkap orang macam ni.. Miss A/UtaraNews.com

Post a Comment

0 Comments