Follow us

Kecoh! Yana Samsudin Mohon Maaf Majlis Resepsi Tak Cukup Makanan


Akhirnya, selamat sudah penantian aktres jelita Yana Samsudin yang kini sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Fadzil Zahari pada 13 Februari lalu.
Majlis resepsi pasangan ini juga berlangsung dengan gilang-gemilang keesokkan harinya dengan kehadiran ribuan peminat dan tetamu yang hadir yang bertempat di  Dataran Gemilang, Yong Peng, Johor.
Yana Samsudin 2
yan13
Pun begitu, rupa-rupanya ada berita yang tidak enak semasa majlis resepsi itu berlangsung.
Menerusi mStar Online, Yana sendiri mengakui dan memohon maaf atas insiden yang tidak dijangka itu.
“Saya berterima kasih pada tetamu yang datang sama ada diundang atau pun tidak, namun saya meminta maaf andai ada kekurangan yang berlaku pada majlis tersebut.

“Tetamu yang datang memang lebih daripada jangkaan kami iaitu dekat 10,000 orang. Kad jemputan diedar dalam 700 keping dan kami jangka hanya tiga kali ganda sahaja untuk makanan. Itu pun pada saat-saat akhir saya tambah untuk 2,000 orang dan ibu saya tambah lagi untuk 2,000 orang.

“Saya dapat tahu makanan tersebut habis pada pukul 8 malam sebelum kami bersanding lagi,” ujarnya
Pada masa sama, Yana memohon maaf kepada tetamu yang hadir yang tidak dapat tempat duduk dan terpaksa bersesak-sesak ketika menyaksikan persandingan itu.
Lebih mengejutkan, tempat duduk VVIP turut dirempuh ekoran ada peminat yang bertindak di luar kawalan.
1454566_944154522282622_651636239581291294_n

Bagaimanapun isteri Fadzil ini, akui dia bersyukur dengan kehadiran pengunjung dan peminat yang sanggup hadir bagi menyaksikan dan meraikan hari bahagia tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

0 Comments