Follow us

Dahsyat!! Kaki Buli Berani Botakkan Kepala Mangsa Dalam Kelas

Kita masih lagi ingat kes buli ‘Singlet Hitam’ yang membelasah cukup-cukup rakan-rakan sekolahnya, terbaru satu lagi kes buli  yang bertukar ke bentuk kejadian buli yang begitu menyedihkan.
Dalam satu kejadian buli, semalam. Adik Arif Ahmad  murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Bechah Durian, Pasir Mas, Kelantan dikatakan telah dibotakkan kepalanya.
Berdasarkan sumber dari foto yang diupload di  Facebook oleh seorang pengguna, kejadian tersebut dilaporkan telah berlaku ketika Arif menuju ke perpustakaan di sekolahnya.
adik arif wm
adik arif wm
Selepas waktu rehat, murid-murid kelas 4 Pintar dikehendaki untuk bergerak  ke perpustakaan.
Tetapi , semasa dalam perjalanan itu Arif telah ditahan oleh dua rakan yang satu kelas dengannya. Mereka telah mengheretnya ke dalam kelas.
Mangsa telah dipaksa untuk duduk dan tangannya telah dipegang ke arah belakang oleh kaki buli tadi dan terus menggunting rambutnya.
Arif mengatakan dia tidak berdaya untuk melepaskan diri kerana telah dipegang hingga menyebabkan menyebabkan kepalanya luka akibat terkena torehan.
Kejadian buli yang berlaku di sekolah rendah ini perlu dilihat secara serius oleh semua pihak yang terlibat
Fikirkan sekiranya kaki buli di sekolah rendah ini tidak dikenakan tindakan dan apatah lagi jila pihak sekolah cuba menutup perkara ini kerana malu.
kredit -MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

0 Comments